Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Betapa regim Al Khalifah terlalu dahagakan darah sehinggakan kanak-kanak dan remaja turut ditahan tanpa belas kasihan.
Sejak awal kebangkitan rakyat Bahrain, pihak berkuasa bertindak menangkap lebih 90 kanak-kanak dan remaja sebagai tebusan politik.
Parti al-Wefaq dalam satu kenyataan medianya yang berjudul "Eidil Fitri tanpa kehadiran kanak-kanak" menegaskan, "Regim Al Khalifah telah menangkap kanak-kanak sebagai tebusan bersama ratusan individu yang lain."
Al-Wefaq selaku parti pembangkang terbesar menerangkan bahawa faktor politik adalah motif utama penahanan ini. Parti tersebut turut menyeru berbagai pertubuhan hak asasi manusia agar menekan kerajaan Bahrain supaya tahanan dilepaskan terutama sekali kanak-kanak.
Selain itu mereka menegaskan, "Aksi regim Al-Khalifah bertentangan dengan hak kanak-kanak dan mencabul hak kemanusiaan.
"Bentuk pencabulan hak kanak-kanak yang dilakukan regim ialah menangkap, memukul, mencederakan, menyeksa dan menangkap ibu bapa mereka."
Hingga kini jumlah keseluruhan tahanan politik di penjara Bahrain mencapai tujuh ribu orang.